Sempena Sambutan & Bulan Kemerdekaan Yang Menjelma Ini LIQA Melancarkan Karya Terbaru Tahun 2020 Ustaz Pahrol Mohd Juoi Iaitu Pakej 3 E-Buku

Siri Genta Rasa :
Dilema Melayu-Islam

Merombak Monopoli Kebenaran Berpaksikan Puak Dan Kumpulan Samada Yang Berjenama Agama Mahupun Bangsa.

Siri Genta Rasa : Dilema Melayu Islam Merupakan Karya Terbaru Tahun 2020 Ustaz Pahrol Mohd Juoi.

Dihasilkan Dengan Kandungan Edisi Kemas Kini Buku Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir Atau Kurang Zikir Yang Merupakan Salah Satu Karya “Best-Seller!”

"walaupun suasana telah berubah, tetapi mesej dalam buku ini saya kira tetap relevan untuk dijadikan landasan berfikir dan ‘membaca’ perkembangan politik, tarbiah, dakwah dan isu terkini. Sesuatu yang baik dan berguna tidak ditentukan oleh baru atau lama, tetapi oleh benar atau tidak."

Pengenalan

Di Malaysia Umat Islam Begitu Berminat Mengambil Berat Isu-Isu Politik.

Pada Asasnya Keperluan Dalam Mengetahui Dan Memahami Politik Semasa Adalah Tanggunghjawab Yang Sewajar Diambil Berat Bagi Mereka Yang Mengaku Sayang Akan Tanah Tumpah Darahnya.

Malaysia Merupakan Sebuah Negara Yang Mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen

Parlimen Malaysia Sebagai Lambang Struktur Demokrasi Kerajaan Dan Mencerminan Aspirasi Rakyat Melalui Perwakilan Yang Dipilih!

Apabila Bebricara Berkenaan Wakil Rakyat Pula Pasti Tidak Terpisah Dengan Politik!

TIDAK DINAFIKAN!

Apabila Berbicara Mengenai Politik, Dari Mahasiswa Di Kampus, Pekerja Samada Di Sektor Kerajaan Atau Swasta, Suri Rumah Sehinggalah Yang Sudah Mencapai Usia Pencen Pasti Ada Golongan Yang Begitu Aktif Berpolitik!

Setidak-tidaknya Jika Tidak Aktif Sekalipun Pasti Ada Ketika Setiap Individu Yang Merupakan Rakyat Dalam Negara Malaysia Yang Mengamalkan Sistem Demokrasi Pasti Terkait Dengan Politik Sekurang-kurangnya Ketika Membuang Undi!

Ada Yang Sudah Teguh Dengan Pihak Yang Di Sokong & Yang Tidak Disokong…

Ada Juga Yang Ingin Melihat Apa Perjuangan, Pemikiran, Mahupun Manifesto Yang Dibawa Oleh Tokoh Mahupun Kumpulan Yang Bertanding…

Realitinya…

Masih Ramai Juga Berada Dalam Dilema Tidak Pasti atau Tidak Tetap Dengan Pilihan Yang Ingin Dibuat…

Bahkan…

Ada Juga Golongan Yang Digelar Sebagai “Pengundi Yang Berada Di Atas Pagar”…

Dengan Situasi Politik Semasa Negara Yang Tidak Menentu Dan Menimbulkan Kekeliruan Dikalangan Rakyat…

Mudah-mudahan Karya Siri Genta Rasa : Dilema Melayu-Islam Boleh Dijadikan Sebagai Panduan & Juga Buah Fikiran Untuk  Dihayati Bagi Menjentik & Menguatkan Hati Ketika Ingin Membuat Sebarang Tindakan & Pilihan Buat Diri!

Kembalilah Menyorot Sejarah.

Belajar Daripada Rasulullah saw Bagaimana Baginda Membina Satu Bangsa Bermaruah Sedangkan Awalnya Terkenal Barbar Dan Jahiliah.

“Sambutan masyarakat terhadap buku-buku saya sebelum ini menguatkan lagi niat dan azam saya untuk menulis subjek yang lebih serius dan kiritikal selaras dengan pergolakan masyarakat Melayu-Islam masa kini.

Karya ini bukanlah tulisan yang mengupas mengenai gagasan fikiran dan idea semata-mata, tetapi ia ditunjangi oleh langkah-langkah praktikal berdasarkan pengamatan dan pengalaman. walaupun pengalaman dan pengamatan saya juga terbatas, tapi keterbatasan itu menyebabkan saya lebih fokus kepada perkara-perkara “terlindung” daripada pandangan “orang” besar.

Nilai-nilai teras dan asas saya pertahankan secara konsisten dan dihidang menerusi pendekatan yang mudah mengambil kira faktor situasi dan kondisi semasa. Harapan saya dengan bahasa yang mudah dan hujah yang berterus terang akan menjadikan buku ini menarik untuk difikir dan direnungkan.”

~ Ustaz Pahrol Mohd Juoi

5 FOKUS UTAMA 3 E-BUKU
Siri Genta Rasa : Dilema Melayu-Islam

#1. Menyumbang ke arah penyelesaian dilema Melayu-Islam yang seolah-olah terpaksa memilih samada memperjuangkan agama atau bangsa sedangkan islam dan melayu mampu dimartabatkan secara bersepadu.

#2. Memberi pandangan “di luar kotak” untuk membangunkan ummah dengan mensejajarkan perlaksanaan Fardu Ain dan Fardu Kifayah, Peranan hamba dan khalifah, kesepaduan ilmu Naqli dan Aqli, berlandaskan kesucian zikir (kebersihan hati) dan kekuatan fikir (ketinggian teknologi)

#3. Menjelaskan pelaksanaan “berpolitik sebagai satu ibadah” untuk memberi kekuatan baru kepada pemimpin melayu ke arah pembetukan generasi yang lebih berintegriti dan kompetensi sebagai peneraju kepimpinan masa kini.

#4. Menangkis obsesi diri dan kumpulan menerusi pendekatan perjuangan dan yang lebih dinamik, pragmatik, praktikal, dan toleran berasaskan ketulusan memanfaatkan persamaan dan ketelusan menguruskan perbezaan.

#5. Mengajak bangsa Melayu-Islam berfikir… Jika benar sekalipun pintu untuk mewujudkan satu “perkongsian pintar” sudah tertutup, apakah pintu untuk mewujudkan satu bentuk “persaingan sihat” juga turut tertutup?#4

3 IN 1 SPECIAL OFFER
Siri Genta Rasa : Dilema Melayu-Islam

E-Buku 1

Dengan Bismillah Aku Berpolitik

Bernilai RM70

Islam-Melayu Atau Melayu-Islam?

Perjuangan bangsa Melayu berada di satu tahap yang lebih kritikal selepas lebih 60 tahun merdeka. Usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju dengan ‘acuan tersendiri’ (seperti yang sering diuar-uarkan) oleh para pemimpinnya bukan sahaja dinilai oleh rakyat tetapi juga oleh dunia antarabangsa, (khususnya negara-negara umat Islam). Apakah formula Malaysia membina negara maju dengan mengekalkan nilai-nilai murni akan tercapai?

Pertembungan antara parti politik Melayu meresahkan seluruh orang-orang Melayu walaupun tidak semua mereka terlibat dalam politik kepartaian. Islam dan Melayu kadangkala diletak pada titik konflik, hinggakan seolah-olah kita dipaksa memilih samada hendak menjadi seorang Melayu atau seorang Islam?

Jika benar sekalipun pintu untuk mengujudkan satu ‘pengkongsian pintar’ antara perjuangan parti-parti politik Melayu sudah tertutup, apakah pintu untuk mengujudkan satu bentuk ‘persaingan sihat’ juga turut tertutup?

Semua persoalan ini kita bahas & rungkaikan dalam E-Buku “Dengan Bimillah Aku Berpolitik” ini!

E-Buku 2

Menelan Kebenaran Yang Pahit

Bernilai RM60

Islam adalah agama yang paling disalahertikan di dunia hari ini dan mungkin sepanjang sejarah. Islam bukan sahaja disalah tafsirkan oleh orang bukan Islam tetapi juga oleh orang Islam sendiri. Yang benci, benci terlalu. Yang cinta, cinta melulu.

Dalam buku yang sederhana ini saya sama sekali tidak mendakwa apa yang saya tulis paling benar, tetapi tulisan ini sebagai satu usaha untuk mencapai kebenaran itu. Justeru, jika tersalah, tolong tegur dan betulkan. Insya-Allah saya akan menerimanya dengan fikiran dan dada yang lapang dan terbuka.

Pahit, tetapi inilah realitinya. Kepahitan-kepahitan inilah yang akan saya ketengahkan satu persatu dalam bab-bab yang akan pembaca teliti nanti, insya-Allah.

E-Buku 3

Bicara Tuhan Di Sebalik Peristiwa

Bernilai RM30

MUSUH TIDAK KUAT, KITA YANG LEMAH

Sesungguhnya, musuh tidak kuat, tetapi kita yang lemah. Lemah, kerana dikalahkan oleh musuh batin kita. Musuh kita hakikatnya ialah diri kita sendiri. Kita terlebih dahulu dikalahkan oleh nafsu dan syaitan sebelum dikalahkan oleh musuh-musuh Islam. Ini satu kebenaran. Satu kebenaran yang sangat pahit, tetapi mesti ditelan… demi satu kesembuhan dan kebangkitan!

Apa gunanya jika kita hanya berani membakar bendera musuh, tetapi tidak berdaya mengangkat selimut untuk mendirikan solat Subuh! Sedangkan cara yang sebaik-baiknya menunjukkan kebencian terhadap musuh Islam ialah dengan membuktikan kecintaan terhadap ‘musuh’ kepada musuh Islam. Siapa lagi yang paling dimusuhi oleh musuh Islam jika bukan Rasulullah SAW.

Jika ditanyakan mengapa semua ini terjadi? Sebab umat Islam masih tewas di tangan musuh batinnya! Justeru, apabila umat Islam terus tertindas, dihina dan ditewaskan oleh musuh-musuhnya, tentu ada hikmah yang tersirat yang perlu difahami dan dihayati di sebalik semua itu. Kenapa dan mengapa? Allah tidak mencipta segala-galanya secara kebetulan, pasti ada tujuan di sebalik semua kepahitan ini. Lalu apakah bicara Tuhan di sebalik setiap peristiwa dan kejadian?

E-Buku ini akan menjawab persoalan itu. Insya-Allah.

EXCLUSIVE BONUS!
2 Bonus Yang Bakal Menjadi Milik Anda!

Bonus #1:
Buku Revolusi

Bagi Yang Mendapatkan Pakej 3 E-Buku Siri Genta Rasa : Dilema Melayu-Islam Ini, Anda Akan menerima Karya REVOLUSI – Buku Fizikal Yang Akan Dihantar Secara PERCUMA Kepada Anda!

Merupakan Sebuah Karya Best-Seller” Terbitan Bersama Galeri Ilmu Revolusi adalah kmpilasi 15 cerpen atau cerita pendek terbaik oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi Dengan Misi “Memanusiakan” Manusia!

Kandungan Menarik Karya “REVOLUSI”​

Bonus #2:
E-RAKAMAN LIVE SEMINAR! Wacana Politik Dari Kaca Mata Dakwah

Bernilai RM200

Anda Juga Akan Menerima E-Rakaman Iaitu Live! Seminar “Wacana Politik Dari Kaca Mata Dakwah” Bersama Ustaz Pahrol Mohd Juoi Pada Hari Ahad Bersamaan 16 Ogos 2020 yang lalu.

“Berpolitik Kerana Allah, Untuk Khidmat Kepada Manusia”

“Apabila Intim Dengan Allah, Kita Akrab Dengan Manusia”

Disclaimer: E-Rakaman (e-rakaman merupakan rakaman secara digital yang akan diberikan kepada anda secara online, bukannya secara bercetak. Anda boleh lihat di mana-mana sahaja di mana jua.)

TERHAD!
HADIAH Yang Disediakan SUNGGUH TERHAD!
Tempahan Pakej Ini Akan DITUTUP Sejurus STOK HADIAH Yang Disediakan Habis!
Keutamaan Diberikan Pada Yang Membuat Pembelian Terlebih Dahulu!

Semuanya bernilai..

TOTAL = RM365

Tapi untuk tempoh masa terhad, nilai kesemua pakej ini ialah:

RM365
RM297
RM160

HANYA RM120 SAHAJA!

AMARAN! Offer ini akan ditutup selepas kuota penuh!

Pahrol Mohamad Juoi
Pendakwah & Penulis Buku Terkenal

Pahrol Mohamad Juoi dilahirkan di Ipoh, Perak pada 20 hb. Mei 1961.

Memulakan pengajian di sekolah kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh dan kemudian ke sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Jitra, Kedah.

Walaupun berkelulusan dalam bidang Teknologi Makanan UiTM, namun sejak 1985 lagi beliau telah bergiat dalam bidang penulisan khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam.

Ini dibuktikan dengan komitmennya sebagai wartawan, pengarang dan akhirnya Ketua Pengarang kepada beberapa buah majalah bercorak Islam sejak tahun 1986 hingga 1995.

Pernah menjadi Ko-kaunselor Yayasan Nurul Yaqeen pada tahun 1997/98, namun minat sebenarnya tetap dengan bidang penulisan.

Sejak itu hingga kini, komitmennya dalam penulisan diteruskan dengan menjadi kolumnis kepada beberapa buah majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Falsafah, Minda, majalah I dan Anis.

Selain itu juga beliau aktif menulis lirik-lirik nasyid bagi kumpulan nasyid Tanah Air seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam, UNIC, Saujana, Mestica, Firdaus, Saffone, Nowseeheart dan lain-lain.

Antara lirik nasyidnya yang popular ialah Sumayyah nyanyian kumpulan Hijjaz , Suci Sekeping Hati nyanyian kumpulan Saujana , Mendamba Kasih, Siti Khadijah, Setanggi Kasih & Ratu Syahadah nyanyian kumpulan INTEAM, Zinnirah & Bintang Syurga nyanyian kumpulan UNIC & Raqib Majid , Umar Al Khattab, Salehuddin Al Ayubi, Cinta Zainab nyanyian kumpulan MESTICA, dan lain-lain lagi. Terbaru beliau terlibat dalam penulisan lirik lagu nasyid “Safiyyah” nyanyian kumpulan Far East yang tersenarai dalam Top Carta Radio IKIM.fm

Beliau juga menghasilkan skrip bagi rancangan TV antaranya Raudhah (ASTRO). Menjadi Pengacara dalam rancangan Islam di RTM. Di radio, Beliau merupakan Panel Jemputan untuk Slot “Islam Itu Indah” di Radio IKIM.fm. Terbaru beliau terlibat sebagai Penyampai Slot Open Floor TV Alhijrah ” Rahsia Pengutip Sampah

Beliau juga merupakan adalah Mantan Ketua Pengarang/Editor majalah SOLUSI (Majalah Terbaik Islamik) keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd. Kini beliau adalah Pengarah & Penyelidik Modul merangkap Pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. sebuah syarikat perunding dan latihan yang terlibat dalam program latihan bagi agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan syarikat-syarikat swasta.

Pengalamannya menjelajah negara-negara ASEAN, Uzbekistan, Pakistan, Turki, Jepun, China, Jordan dan Mesir menambah kematangannya dalam bidang penulisan dan latihan. 
Pernah Dinobatkan Sebagai Penulis Terbaik Kategori Islamik – Anugerah Buku Negara 2014 dan sehingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku dari pelbagai genre penulisan.

Antaranya: Melawan Arus (antologi cerpen), Jendela Hati (antologi Sajak), Turki: Iktibar Sebuah Empayar (kembara), Ideologi Kamal Ataturk dan kesannya terhadap Turki (politik), Tentang Cinta (remaja), Dua hati Satu Rasa, Untukmu yang Tersayang, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir, Revolusi, Dimana Dia Dihatiku?, Kilas Dalam Kias, Cinta Kerana Allah, Bawa Cinta Kita Ke Syurga, Merawat Cinta Dalam Rumah Tangga, Tenang Ada Di Sini, Melakar Damai Di Jiwa, Allah Dekat Tiada Gawat, Didiklah Dari Hati, Pesan Hati Untuk Hati, 7 Langkah Baiki Diri, Celik Mata Hati, Bukan Senang Nak Tenang, Nota Hati,, Seorang Lelaki, Nota Fikir Untuk Zikir, Bicara Iman Untuk Tenang, Beduk Diketuk, Beduk Diketuk Lagi, dan Anggung Geleng.

 

Kini selaras dengan perkembangan semasa Ustaz Pahrol Mohd Juoi aktif membuat rakaman bagi membawa karya-karya yang pernah dihasilkan oleh beliau dalam bentuk Digital agar lebih menjangkau lebih besar skali pembaca dan pendengar selain dari membantu meningkatkan kefahaman dengan penghasilan karya dalam bentuk visual atau video.

KLIK BUTANG DIBAWAH UNTUK SEBARANG PERTANYAAN & INFORMASI LANJUT KEPADA TEAM LIQA 🙂