Tarikh: 28 Februari 2021

Masa: 9.30 pg - 4.45 ptg

Platform: Zoom & Private FB LIVE!

"MERAWAT CINTA DALAM RUMAHTANGGA"

Sebuah Program Intensif Kekeluargaan Khusus Untuk Pasangan Yang Sedang & Anda Yang Akan Melayari Bahtera Rumahtangga!

Kita Menyaksikan Betapa Pandemik Begitu Memberi Kesan Kepada Diri & Keluarga Mahupun Rumah Tangga

Kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Hikmahnya…

Lebih Banyak Masa kita Dapat Bersama KELUARGA!

Ada Yang Merasakan Nikmatnya…

Dan Tidak Dinafikan Ada Yang Diuji Dengan Penceraian & Sebagainya…

APA KHABAR RUMAH TANGGA KITA…?

Ini Masanya Untuk Kita Muhasabah Bersama…

Sebagai Persediaan Menghadapi Tahun 2021 dan Seterusnya!

Webinar LIVE! “MERAWAT CINTA DALAM RUMAH TANGGA” bakal menampilkan Barisan Pendakwah, Penulis & Penceramah Bebas Negara bagi memberikan pengisian secara intensif iaitu 2 Ikon Personaliti Radio & TV : Ustaz Pahrol Mohd Juoi & ┬áserta Ustazah Asma’ Harun!

Yang Bakal Kita Bincangkan Bersama Dalam Webinar LIVE! Program "Merawat Cinta Dalam Rumah Tangga" Ini!

USTAZ PAHROL MOHD JUOI

TELADAN KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW

ANEH! Bagaimana ketika Islam Sudah Berada Di Puncak, Baginda Rasulullah saw menyampaikan pesan di akhir-akhir hayat Baginda yang antara bait-baitnya ialah pesan-pesan dalam Rumah Tangga!

Menerusi Khutbah Hujjatul Wada yang disampaikan di Lembah Uranah, Bukit Arafah pada 9 Dzulhijjah Tahun Ke-10 Hijrah Baginda kembali mengingatkan soal teras dan asas iaitu bagaimana peranan seorang suami dan peranan seorang isteri.

Dalam Khutbah ini Rasulullah mengingatkan kaum lelaki untuk menyempurnakan hak kepada kaum isteri, berikan nafkah secukupnya dan berikan tempat tinggal yang baik selain perlu diisi semuanya dalam suasana penuh kasih sayang!

Perlunya berlemah lembut kepada kaum wanita yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok. Rasulullah mengingatkan bahawa mereka para Isteri adalah pembantu dan sahabat kita yang setia supaya dengannya insyaALLAH apabila tanggungjawab ini dapat disempurnakan dengan baik maka terselamat diri dan keluarga dari Api Neraka.

Rasulullah juga berpesan dengan melarang wanita membawa orang yang tidak berkenaan atau orang yang tidak disukai suami untuk dibawa masuk ke dalam rumah. Rasulullah juga mengingatkan jangan sesekali waita terlibat dengan zina

Apabila rumahtangga kita jadikan sebagai satu asas yang kukuh masyarakat akan aman dan negara akan aman.

Kita bakal mengupas lebib terperinci isi khutbah yang hebat dalam p=membangun pesanbuat umat ini!

REHAT & RAWAT CINTA DALAM RUMAH TANGGA

Cinta adalah persoalan yang sangat penting!

Lebih 80 kali “Cinta” itu disebut di dalam Al-Quran. Dalam slot ini kita bakal memahami bagaimana cinta Allah itu menjadi penyatuantara hati suami dan hati isteri.

Sekiranya suami berpegang kepada keimana kepada Allah dan Isteri menguatkan pegangan iman mereka. Hati mereka akan menyatu!

Cinta berdasarkan fitrah tidak akan mampu bawa kepada kebahagaian tetapi cinta yang diasaskan dari hidayah dan panduan dari Allah itulah yang akan membawa kepada kebahagiaan!

Di dalam rumahtangga cinta akan diuji kerana Allah swt apabila menyebut kebahagian dalam rumah tangga Allah menyebut SAKINAHiaitu ketenangan. Bagaimana ianya mampu terhasil setelah apabila ada ujian yang membadai rumahtangga!

Bagaimana meletakkan cinta yang di dalamnya ada iman, aqidah ataupun syariat yang menghubung ataupun sebagai kayu rujukan dan bersamanya ada mawaddah dan rahmah.

Perkahwinan Bukan Pusara Percintaan

Sebelum Kahwin Cinta Hangat Membara

Tetapi Apabila Sudah Lama Berkahwin Cinta Itu Lesu Dan Membeku

Bagaimana Kita Untuk Menghangatkan Kembali Cinta

Nantikan….

Dalam “Merawat Cinta Dalam Rumah Tangga”

m-t-elgassier-G_acucnTJNw-unsplash

SEBAIK-BAIK ISTERI & IBU

Realitinya ramai Wanita yang bercita-cita an sememangnya ingin menjadi Isteri dan Ibu yang Terbaik!

Persoalannya Bagaimana? Apa Rujukan Kita?

Dalam slot ini Ustazah Asma’ Harun bakal membincangkan secara praktikal langkah demi langkah dan menyenaraikan ciri-ciri bagaimana untuk menjadi sebaik-baik Isteri & Ibu!

Bukan hanya untuk mereka yang sedang dan pernah melayari alam rumahtangga sahaja bahkan khusus untuk ANDA yang BAKAL memasuki alam bahtera rumah tangga ini.. moga ini menaji persiapan buat diri ke arah perkahwinan yang sedang ditujui!

Kita juga bakal kupaskan sebaik-baik wanita solehah itu sendiri.. NANTIKAN!

PILIHLAH PINTU SYURGA MU

Kita mungkin tidak mampu untuk memiliki semua pintu syurga yang dijanjikan ALLAH swt tetapi janganlah semua pintu syurga tertutup untuk kita!

Kita bakal kupas secara tuntas dan memahau serta memilih mana kekuatan yang ada pada diri kita. untuk kita manfaatkan dalam menuju mana pintu-pintu yang kita harapkan.

Dalam slot ini Ustazah Ama’ Harun akan membicarakan pintu-pintu syurga dan apa amalan yang boleh kita usahakan untuk memasuki pintu tersebut.

Indahnya cinta dalam rumah tangga di dunia dan di akhirat…

Dalam slot ini juga kita akan bersama muhasabah rumahtangga kita dan apa pelajaran yang kita dapat pelajari untuk terus melangkah. Mudah-mudah ia memberi pengajaran!

Kita bakal pelajari panduan-panduan dan tauladan dari sirah untuk kita melihat bagaimana perjalanan rumah tangga kita selama ini.

Akan kita lihat bersama apa peranan suami isteri dan keseluruhan dalam rumahtangga untuk kita bentuk baiti jannati!

Dab BANYAK LAGI!

Semuanya bakal kita bincangkan dalam slot kedua Ustazah Asma’ Harun ini dalam Webinar LIVE! Program “Merawat Cinta Dalam Rumah Tangga” nanti!

haidan-bVuE49x-Fxw-unsplash
HADIAH!

Setiap Peserta Yang Mendaftar Akan Menerima Senaskah Buku "Merawat Cinta Dalam Rumah Tangga" Karya Ustaz Pahrol Mohd Juoi Secara Percuma & Dihantar Terus Ke Alamat Anda!

Dua Cinta Tidak Akan Berkumpul Dalam Satu Hati. Hanya Satu Cinta Akan Bertakhta Dalam Satu Jiwa.

Apabila Cinta Allah Swt Terpinggir Makan Terpinggir Jualah Segala Kebaikan Dan Kesuciannya. Maka Yang Tumbuh Selepas Itu Ialah Selain Allah Swt Seiring Suburnya Segala Kejatan Dan Kekejiannya!

Bagaimana mencintai Allah swt? Adakah apabila kita mencintai Allah swt sudah tiada tempat lagi dalam hati ita untuk mencintai yang lain? Salahkah mencintai manusia di samping mencintai Allah swt?

Buku ini ialah usaha kecil saya merungkai persoalan itu. Ingin saya luahkan bagaimana mencintai Allah swt akan mendorong kita mencintai manusia.

Cinta antara lelaki dan wanita sebelum dan semasa berumahtangga. Itu yang dipilih sebagai fokus utama dari sekian banyaknya hubungan cinta sesaam manusia.

Mengapa? Kerana sering kita lihat berlaku cinta dia antara lelaki dan wanita samada yang telah berkahwin atau yang belum berkawin telah menyebabkan manusia meminggirkan cinta Allah swt.

Ramai yang hanya menyatakan; “Aku cinta kamu kerana Allah swt” pada lisan tetapi tidak dalam tindakan dan perlakuan.

Cinta Allah swt dan cinta seseorang kerana Allah swt hakikatnya berpisah tiada.

Bermula cinta Rasulullah, kemudian cintakan Ulama’, cintakan Ibu Bapa, Pemimpin, Guru, Sahabat, dan akhirnya merebak kepada cinta umat.

Cinta Allah swt itu apabila sudah sepenuh dan menyeluruh adalah modal dan sumber kita untuk mencintai segala dan semuanya.

Bersama kita embawa diri untuk menyusri relung-relung cinta yang berliku seribu tetapi tetap menuju muara yang satu.

Sesiapa yang mencintai yang SATU akan mudah BERSATU!

~Pahrol Mohd Juoi

Daftar Webinar LIVE! "Merawat Cinta Dalam Rumah Tangga" Sekarang!

Hanya RM90 Sahaja!

Perlukan Info lanjut atau ada persoalan lain berkaitan program ini? Hubungi kami di LIQA dengan klik pada butang pautan dibawah